• MESYUARAT BERSAMA MPP UMK




    Mesyuarat Persiapan Kerjasama Persidangan Mahasiswa Islam Kelantan Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
    10 Disember 2016, tepat pada jam 5.00 petang, satu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat PPIK di antara pimpinan PPIK dan MPP UMK bagi membincangkan kerjasama persiapan penganjuran Persidangan Mahasiswa Islam Kelantan kali pertama pada hari Isnin ini.
    Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK telah diwakili sendiri oleh Yang Di-Pertua MPP UMK, Saudara Sufi dan Setiausaha Agung mereka, Saudari Aznisya.
    Turut serta bagi pihak PPIK sebagai penyambut kedatangan mereka ke pejabat adalah Presiden PPIK sendiri ditemani Setiausaha serta barisan exco kanan.
    Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu telah membincangkan aspek persediaan teknikal penganjuran agar persidangan dapat berjalan dengan lancar.
    Di akhir sesi, pihak PPIK dan MPP UMK juga mengambil peluang pertemuan ini untuk sumbang saran pandangan dalam usaha mengangkat keberadaan dan peranan mahasiswa universiti Kelantan dalam lapangan masyarakat.
    Dengan kedatangan ini, diharap dapat menjadi tanda aras baru akan momentum sinergi gerakan anak muda dan mahasiswa dalam agenda pembangunan negeri Kelantan.
    Pihak PPIK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPP UMK atas kerjasama serta kesudian menziarahi pusat aktivisme PPIK bagi pelaksanaan mesyuarat penganjuran persidangan.
    Semoga Allah merahmati. 
  • 0 comments:

    Post a Comment