PENGENALAN

Kami komited dalam memperkasa dan menghakupayakan pembangunan generasi muda Kelantan

PIMPINAN TERTINGGI

Saf Qiyadah Kanan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan sesi 2016/2017

  • Solehah Rezali

    Bendahari Kehormat

    I long for the raised voice, the howl of rage or love.

  • Afif Mokhtari Yasim

    Presiden

    Contented with little, yet wishing for much more.

  • Arif Syafiq

    Setiausaha Agung

    If anything is worth doing, it's worth overdoing.

KEPAKARAN KAMI

PPIK memfokuskan kepada niche pembinaan dalaman dan profesionalisme kemahiran seperti berikut..

INTELEKTUALISME

Pemikiran 90%
Budaya Ilmu 80%
Bibliophilia 70%

AKTIVISME

Massa 90%
Usahawira 80%
Kesukarelawanan 70%

IDEALISME

Mahasiswa 90%
Anak Muda 80%
Komrad 70%

PENCAPAIAN PPIK

PPIK membangunkan generasi dengan memberi program bersifat makna diri, kematangan pemikiran, dan profesionalisme perwatakan dalam membentuk citra jiwa remaja bitara dan terampil.

150

PROGRAM TAHUNAN

300

LAPORAN PEMBANGUNAN

650

KADET BAKAT

1568

INTERAKSI MEDIA

BITARA & BERKETERAMPILAN

Melahirkan generasi muda Kelantan yang mempunyai ciri-ciri kecemerlangan aras tinggi serta budaya diri terhormat

BERITA PPIK

Ikuti laporan terkini aktiviti dan pergerakan PPIK di sini untuk sokongan kepada pembangunan generasi muda

  • RIHLAH PPIK NIAGA




    Pada 13 Disember 2016, sehari selepas Muktamar Sanawi PPIK kali ke-22, sayap ekonomi mandiri PPIK iaitu PPIK NIAGA telah mengadakan satu pertemuan santai di antara ahli-ahli penggerak utama yang telah membantu proses pembangunan dan pengembangan PPIK NIAGA selama hampir setahun ia dimulakan. Kini, PPIK NIAGA telah mempunyai beberapa pasukan dagangan yang mewakili setiap niche bisnes dijalankan oleh PPIK. PPIK NIAGA diletakkan di bawah seliaan Bendahari Kehormat PPIK iaitu Cik Solehah binti Rezali dan dianggotai oleh Dewan Usahawan dan Perniagaan PPIK. Rihlah PPIK NIAGA ini telah dijalankan di Taman Perbandaran Tengku Anis, Pengkalan Chepa Kelantan.
  • PERTABALAN YDP AGONG XV




    Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.
    Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Ke-bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad V sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XV.
    Patik yang bertugas mewakili ahli-ahli Pembimbing Pelajar Islam Kelantan - PPIK sebagai pertubuhan rakyat yang berdaftar dan mendapat manfaat kesejahteraan di bawah negeri pemerintahan Tuanku mendoakan KDYMM Tuanku agar sentiasa berada dalam peliharaan Allah hendaknya.
    Semoga di bawah kebijaksanaan pemerintahan Tuanku dengan inayah dan hidayah petunjuk Allah SWT, kesejahteraan rakyat dilindungi dan kedaulatan negara akan terus berkekalan dihormati.
    Allahu Akbar, Daulat Tuanku.
  • INDUKSI PPIK 1.0




    Sejurus tamatnya pelantikan saf Qiyadah PPIK bagi sesi 2016/2017, Induksi PPIK siri pertama telah diadakan bermula jam 2.30 petang. Induksi ini bertujuan memberi gambaran keseluruhan kepada pimpinan kanan dan exco yang dilantik berkenaan peranan, polisi dan hala tuju PPIK secara am bagi sesi yang terbaru ini.
  • PELANTIKAN SAF QIYADAH PPIK SESI 2016/2017







    Pada 12 Disember 2016 bersamaan dengan 12 Rabiul Awal 1438H, barisan saf Qiyadah PPIK sesi 2015/2016 telah menamatkan perkhidmatan setelah setahun berkhidmat. Barisan saf Qiyadah PPIK bagi sesi 2016/2017 telah dilantik. Pelantikan saf Qiyadah baru ini diumumkan oleh Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, Tuan Muhammad Khair bin Sujud. Pelantikan ini telah dilangsungkan di Pejabat PPIK Tanjung Mas, Pengkalan Chepa, Kelantan.
  • MESYUARAT BERSAMA MPP UMK




    Mesyuarat Persiapan Kerjasama Persidangan Mahasiswa Islam Kelantan Bersama Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Kelantan.
    10 Disember 2016, tepat pada jam 5.00 petang, satu mesyuarat khas telah diadakan di Pejabat PPIK di antara pimpinan PPIK dan MPP UMK bagi membincangkan kerjasama persiapan penganjuran Persidangan Mahasiswa Islam Kelantan kali pertama pada hari Isnin ini.
    Pihak Majlis Perwakilan Pelajar UMK telah diwakili sendiri oleh Yang Di-Pertua MPP UMK, Saudara Sufi dan Setiausaha Agung mereka, Saudari Aznisya.
    Turut serta bagi pihak PPIK sebagai penyambut kedatangan mereka ke pejabat adalah Presiden PPIK sendiri ditemani Setiausaha serta barisan exco kanan.
    Mesyuarat yang berlangsung selama sejam itu telah membincangkan aspek persediaan teknikal penganjuran agar persidangan dapat berjalan dengan lancar.
    Di akhir sesi, pihak PPIK dan MPP UMK juga mengambil peluang pertemuan ini untuk sumbang saran pandangan dalam usaha mengangkat keberadaan dan peranan mahasiswa universiti Kelantan dalam lapangan masyarakat.
    Dengan kedatangan ini, diharap dapat menjadi tanda aras baru akan momentum sinergi gerakan anak muda dan mahasiswa dalam agenda pembangunan negeri Kelantan.
    Pihak PPIK mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MPP UMK atas kerjasama serta kesudian menziarahi pusat aktivisme PPIK bagi pelaksanaan mesyuarat penganjuran persidangan.
    Semoga Allah merahmati. 
  • MUKTAMAR SANAWI PPIK 2016






    Pada 12 Disember 2016 ini, Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan atau lebih dikenali sebagai Muktamar Sanawi. Bersempena dengan muktamar kali ke-22 ini, PPIK denga kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaysia Kelantan akan mengadakan satu program khas untuk mengumpulkan suara-suara mahasiswa universiti di Kelantan. Program tersebut dinamakan sebagai Persidangan Mahasiswa Islam Kelantan. Dengan bertemakan 'Membina Generasi Memaknai Kepemudaan', persidangan ini akan dilangsungkan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cawangan Pengkalan Chepa. Bagi sesiapa yang berminat, boleh hubungi Encik Afif di 013-270 8265.
  • PRODUK PPIK

    Kami menghasilkan inisiatif platform yang pelbagai untuk memenuhi segenap aspek minat dan bakat khusus untuk pembangunan generasi muda.

    HUBUNGI KAMI

    Hubungi kami untuk sebarang pertanyaan dengan maklumat perhubungan seperti di bawah

    PPIK GLOBAL

    • Alamat :Sekretariat PPIK Pusat, Lot 2864-A, Wisma al-Hikmah, Tanjung Mas, Jalan Pengkalan Chepa Kota Bharu
    • PIC :Shahirah
    • Telefon :+60 145 422 054
    • Negara :Malaysia
    • Email :ppik.kelantan@gmail.com

    Berminat menyertai PPIK?

    Daftar keahlian anda di sini.

    Borang Online Pendaftaran Keahlian PPIK.